Khamis, 19 Mei 2011

Saya mempunyai Kad Perubatan SmartMedic100, MAA Takaful apa faedah yang saya dapat.............?


Medical card MAA Takaful atau nama betulnya SmartMedic100 banyak membantu anda dikala anda amat memerlukan bantuan perubatan. Medical card ini digunakan jika anda dimasukkan ke hospital (warded), bukan untuk out-patient.

Tujuannya adalah untuk membantu anda membayar bil-bil hospital yg melambung tinggi sekarang, terutamanya di hospital swasta macam .

Rakan2 saya di agensi kerajaan kata mereka tak perlukan medical card, sebab government dah cover 'semua'. Saya tanya balik, 'semua' tu apa? Mereka kata mereka hanya perlu daftar di hospital kerajaan untuk dapatkan bantuan perubatan. tapi cuba anda bayangkan, adakah anda akan mendapat bantuan perubatan SEGERA jika anda mendaftar di hospital kerajaan?

Jadi, sebagai jalan penyelesaiannya  saya perkenalkan SmartMedic100  yang dapat membantu anda. Apa yang anda perlu lakukan, hanya menghulur  derma kepada tabung Tabarru' MAA Takaful  lebih kurang RM50-RM100 (mengikut umur)sebulan dan anda akan mendapat manfaat seperti di atas.Adakah sumbangan ini besar untuk diri sendiri? Bukan kah lebih tenang jiwa dan perasaan jika kita semua sudah bersedia dengan bantuan perubatan dikala penyakit menimpa?

Untuk mendapat maklumat lanjut info berkaitan kad perubatan SmartMedic100 baca post 'PANADOL'

Isnin, 16 Mei 2011

PANADOL

Kebanyakan prospek akan mengatakan mereka masih belum bersedia untuk membeli perlindungan Takaful buat masa ini kerana mempunyai masalah kewangan. Penolakkan ini dibuat dengan penuh kesopanan. Ini mungkin mereka tidak mahu mengecewakan saya. Kebiasaannya mereka akan minta saya tinggalkan kad nama dan berjanji akan menghubungi saya apabila mereka telah bersedia untuk memiliki perlindungan takaful.

Inilah realiti yang harus ditempuhi oleh seorang perunding kewangan takaful. Ini kerana kebanyakan prospek menganggap perlindungan takaful seperti "PANADOL".Sebut saja "PANADOL"anda tentu terfikir bilakah masanya anda mengambil "PANADOL"? Saya mengambil "PANADOL" hanya apabila saya sakit kepala.Pernahkah anda mengambil "PANADOL" sebelum anda sakit?

Perkara yang sama juga berlaku pada perlindungan Takaful. Anda tidak akan terfikir untuk membeli perlindungan Takaful sebagaimana anda tidak terfikir untuk mengambil "PANADOL" sebelum anda sakit. TETAPI bagaimana jika anda terlantar di hospital dan anda tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membiayai kos perubatan anda, mungkin pada masa itu anda akan ingat kepada saya dan akan menghubungi saya untuk mendapatkan perlindungan takaful. Pada masa itu tidak ada syarikat Takaful yang akan menerima anda lagi. Tetapi jika syarikat saya (MAA Takaful) menerima anda pada masa itu, saya tidak perlu datang berjumpa anda sekarang. Saya rasa lebih baik saya menjual kepada orang yang sedang tenat di hospital.

Sediakan payung sebelum hujan.Apakah anda fikir menangis kemudia lebih baik daripada membuat persiapan awal?


SmartMedic100






PELABURAN UNTUK KEHIDUPAN ANDA DI DUNIA & DI AKHIRAT

Mengerjakan Haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang kelima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap orang mukmin pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan.

"Barang siapa yang kufur(ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."

                                                               Surah Ali-Imran, Ayat97.

Untuk menunaikannya, anda perlu mempersiapkan diri secara mental, spiritual dan paling utama dari segi KEWANGAN.

Kini perjalanan anda kearah mengerjakan haji dan juga melindungi  orang yang dikasihi akan diuruskan dengan Takafulink HAJJ!

Takafulink HAJJ






WANITA

Anda adalah tiang cinta, sebagai seorang IBU, seorang ISTERI, seorang ANAK, seorang SAHABAT dan bukan setakat itu sahaja.......

Anda dihargai, dikagumi dan dihormati atas keberanian dan keteguhan dalam setiap peranan, cabaran dan kesulitan hidup........


Anda berhak untuk dihargai dengan perlindungan terbaik yang memberi ketenangan dari segi kewangan kepada setiap wanita.....






TAKAFULINK Wanita-Penghargaan Tertinggi Bagi Wanita

50 % MENJADI 100 %

Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Perumpamaan ini telah menjadi darah daging dalam masyarakat Malaysia dalam mendidik tabiat suka menyimpan dari kecil.
   Di negara kita, kakitangan kerajaan bekerja sehingga umur 58 tahun. Sebaik sahaja bersara mereka akan menerima pencen setengah daripada gaji akhir mereka. Ini menyebabkan mereka terpaksa menyusun semula cara hidup mereka. Pendapatan tinggal separuh, jika dulu mereka berbelanja RM50.00 sehari, sekarang mereka terpaksa berbelanja sebanyak RM25.00 sahaja sama ada mereka suka atau tidak. 
    Bilakah anda akan pencen? Berapakah pendapatan anda pada masa itu? Mahukah anda menerima sepenuh gaji anda selepas anda pencen?Jawapannya YA. Tapi bagaimana..........?
     Penyelesaiannya : Jika anda menyimpan 10% daripada pendapatan anda ke dalam takafulink anda akan menerima sejumlah besar wang untuk kegunaan selepas anda pencen.Duit ini cukup untuk menggantikan 50% pendapatan anda yang hilang disamping itu anda dilindungi oleh pengendali takaful. Jadi beberapa tahun selepas pencen anda masih menerima 100% pendapatan anda. Bukankah ini yang terbaik?

Ahad, 15 Mei 2011

Perancangan Kewangan : HAJI & ANDA

Firman Allah:
    ‘Allah mewajibkan semua manusia mengerjakan Haji iaitu bagi sesiapa yang mampu sampai kepadanya, barangsiapa yang engkar, Allah Maha Kaya dari sekalian alam’                 
                                                                                    Surah Ali-Imran, ayat 97.
    ‘ Tunaikan Haji dan Umrah kerana Allah Taala ..
                                                                                    Surah Al-Baqarah, ayat 196.

KALAU  TANGGUH   ATAU  TAK  HIRAU                     APA HUKUMNYA ?
Apakah   hukum   seseorang  yang  sering   menangguhkan  haji disebabkan  tidak  cukup  perbelanjaan   kerana   menukar  kereta   baru, membeli  rumah  baru,  melancong  dan   sebagainya?   Ia   tidak     boleh dijadikan  alasan  disebabkan dia berkemampuan. Hukumnya BERDOSA &  dikhuatiri mati dalam Yahudi @ Nasrani sebagaimana yang disebutkan didalam hadis.
                               
                Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:- "Dari Ali r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa yang ada mempunyai BEKALAN dan  kenderaan  yang  boleh  menyampaikannya  ke Baitullah,  tetapi  dia tidak   menunaikan  haji,  maka   tidak   ada  halangan   ke   atasnya   jika dikehendaki  matinya  sebagai  Yahudi  atau  Nasrani. Dan yang demikian itu, sesungguhnya Allah berfirman dalam kitab-Nya (Al-Quran ) 

                "Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu bagi orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah". (RiwayatTarmizi)

KEPERLUAN HAJI / UMRAH?
DUIT (RM), BIASANYA SIMPAN DI TABUNG HAJI  TETAPI ITU DULU TAHUN 70AN, 80AN DAN 90AN….
BERMULA TAHUN 2000, PERKEMBANGAN  DI DALAM  INDUSTRI  DAN PASARAN KEWANGAN
BERBAGAI PRODUK KEWANGAN ISLAM (Sukuk, Ar-Rahnu, Dinar Emas dll), TERKINI AKAUN ALTERNATIF SIMPANAN HAJI ‘TAKAFULINK HAJJ’ DIBERIKAN KELULUSAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA   KEPADA  MAA Takaful.

→SKIM SIMPANAN JANGKA PANJANG  MINIMA - 5 TAHUN                      
→MINIMA RM 50.00 SEBULAN
→MELALUI POTONGAN ANGKASA, BANK ATAU KAD KREDIT
→DIVIDEN DIBERIKAN SETIAP TAHUN (2008 =10%,  2009 = 12%,  2010 = 16% )
→BOLEH DITAMBAH / DIKELUARKAN
→JAMINAN SIMPANAN KONSISTEN

TAKAFULINK HAJJ
PAKEJ  3 DLM 1
TIGA KELEBIHAN
1. SIMPANAN
2. PELABURAN
3. PERLINDUNGAN

RANCANG KEWANGAN SEBAIKNYA...................................
MULAKAN SEWAKTU USIA MASIH MUDA, TANGGUNGAN MASIH RENDAH, DAN YANG PALING PENTING…..
BUAT KEPUTUSAN TERBAIK, BANYAK BUKAN UKURAN TETAPI  YANG PENTING NIAT.

“NIAT”
Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs ibn Khattab radhiallahu anhu katanya: Aku telah mendengar Rasulullah sallallahualaihi wa sallam bersabda:
إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى
“Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan”
WALLAHUA’LAM

SOLUSI KEWANGAN AKAUN ALTERNATIF SIMAPANAN HAJI
















RANCANG KEWANGAN SEBAIKNYA

Mulakan Sewaktu Usia Masih Muda, 
Tanggungan Masih Rendah,
dan Yang Paling Penting............
BUAT KEPUTUSAN TERBAIK,
BANYAK BUKAN UKURAN,

TETAPI  

YANG PENTING NIAT