Isnin, 16 Mei 2011

PANADOL

Kebanyakan prospek akan mengatakan mereka masih belum bersedia untuk membeli perlindungan Takaful buat masa ini kerana mempunyai masalah kewangan. Penolakkan ini dibuat dengan penuh kesopanan. Ini mungkin mereka tidak mahu mengecewakan saya. Kebiasaannya mereka akan minta saya tinggalkan kad nama dan berjanji akan menghubungi saya apabila mereka telah bersedia untuk memiliki perlindungan takaful.

Inilah realiti yang harus ditempuhi oleh seorang perunding kewangan takaful. Ini kerana kebanyakan prospek menganggap perlindungan takaful seperti "PANADOL".Sebut saja "PANADOL"anda tentu terfikir bilakah masanya anda mengambil "PANADOL"? Saya mengambil "PANADOL" hanya apabila saya sakit kepala.Pernahkah anda mengambil "PANADOL" sebelum anda sakit?

Perkara yang sama juga berlaku pada perlindungan Takaful. Anda tidak akan terfikir untuk membeli perlindungan Takaful sebagaimana anda tidak terfikir untuk mengambil "PANADOL" sebelum anda sakit. TETAPI bagaimana jika anda terlantar di hospital dan anda tidak mempunyai kewangan yang cukup untuk membiayai kos perubatan anda, mungkin pada masa itu anda akan ingat kepada saya dan akan menghubungi saya untuk mendapatkan perlindungan takaful. Pada masa itu tidak ada syarikat Takaful yang akan menerima anda lagi. Tetapi jika syarikat saya (MAA Takaful) menerima anda pada masa itu, saya tidak perlu datang berjumpa anda sekarang. Saya rasa lebih baik saya menjual kepada orang yang sedang tenat di hospital.

Sediakan payung sebelum hujan.Apakah anda fikir menangis kemudia lebih baik daripada membuat persiapan awal?


SmartMedic100






1 ulasan:

  1. Sebarang pertanyaan sila kemukakan di Chat Room atau email azam.fy99@gmail.com.

    BalasPadam